Kegunaan Minyak_bunga_matahari

Dalam penyediaan makanan

Minyak bunga matahari yang ditapis digunakan untuk memasak pada suhu yang pelbagai julat. Ia bertindak seperti trigliserida sayuran biasa apabila digunakan sebagai minyak menggoreng. Minyak jenis mentahnya digunakan sebagai  kuah salad dalam masakan Eropah Timur.[7]

Benih makan

Pengekstrakan minyak bunga matahari meninggalkan sisa biji hancur yang kaya dalam protein dan serat dan digunakan sebagai dedak ternak, baja atau bahan api.[8]

Sebagai bahan api

Minyak ini boleh digunakan untuk menggerakkan enjin diesel setelah dicampur dengan diesel di dalam tangki. Campuran minyak ini cenderung mempunyai kelikatan yang lebih tinggi dalam suhu sejuk disebabkan oleh tahap lemak tak tepu dalam kandungan campuran tersebut.[9]