Ciri-ciri Minyak_sapi

Minyak sapi perlu disediakan atau dihasilkan pada suhu bilik dan dijadikan sehingga separa cair atau cecair. Minyak sapi yang dianggap berkualiti baik adalah berwarna kuning keemasan. Penyedian minyak sapi mungkin boleh berlarutan dari setahun atau sehingga mendapat kualiti yang dikehendaki iaitu melalui proses pengasingan air dan pengasingan susu pejal (atau pepejal susu) sehingga warna seperti putih telur terhasil bagi bertujuan untuk proses membenarkan kulat atau mikrob untuk membiak pada kadar sederhana. Pada suhu 190-250°C, pemprosesan minyak sapi mempunyai kadar asap yang paling tinggi, dengan ini, pada kadar suhu yang tinggi, minyak sapi selamat digunakan tanpa menghilangkan warna dan tanpa menerbitkan rasa hangit atau hangus pada masakan, dan ini membenarkan minyak sapi sesuai juga untuk dijadikan sebagai bahan untuk menggoreng.