Kegunaan Minyak_sapi

Keagamaan

Hindu

Penggunaan minyak sapi digunakan sebagai minuman untuk tuhan dalam ritual Yajurveda, malah ada gita puja (hymn) untuk dinyanyikan untuk minyak sapi tersebut. Penggunaan minyak sapi ada digunakan dalam pemujaan Aarti. Ia biasa digunakan ketika perkahwinan dan pengebumian, dan juga untuk memandikan berhala ketika penyembahan. Minyak sapi yang digunakan untuk sembahyang Shiva pada Maha Shivaratri, diberi kepada tuhan bersama-sama gula, susu, tairu dan madu. Mengikut Mahbharata, minyak sapi merupakan asas pengorbanan oleh Bhishma.

Islam

Dalam kesihatan permakanan Islam, minyak sapi dikatakan mampu membantu kecerdasan dan kecerdikan otak.[1]

Perubatan Ayuverda

Ayurveda menerangkan setiap fikiran dan badan berlainan kepentingan. Sebagai contoh:

  • Penyerapan: Minyak sapi merupakan bahagian yang perlu ada dalam pembuatan herba ayurveda. Hal ini kerana, minyak sapi boleh berpaut dengan khasiat bahan minyak cair dan herba untuk masuk ke dalam tubuh. Ia dipercayai dapat meningkatkan tenaga herba yang dibawa oleh komponen aktif ke bahagian dalam sel dan mengeluarkan kepentingan yang amat berguna.
  • Penghadaman: Dapat membantu asid gastrik, dan bantu mengekal dan memulihkan barisan mukus dalam perut.
  • Kesan terbakar ringan: Dapat mengelakkan gelombong di kulit
  • Minda: Dapat meningkatkan pembelajaran dari segi ingatan dan ingatan semula.
  • Seksual: Ia dipercayai meningkatkan kekuatan kelelakian dan seks.