Minyak_tanah

Minyak tanah, dikenali juga sebagai parafin dan kerosin, ialah cecair hidrokarbon mudah terbakar terbitan petroleum yang digunakan sebagai bahan api dalam industri serta isi rumah.Parafin cecair (dipanggil mineral oil atau "minyak mineral" di Amerika Syarikat) adalah produk yang lebih likat dan sangat halus yang digunakan sebagai bahan pelawas. Lilin parafin pula adalah pepejal lilin yang diekstrak daripada petroleum. Minyak tanah digunakan untukĀ enjin jet pesawat (bahan api jet) dan beberapa jenis enjin roket dan juga biasa digunakan sebagai bahan api memasak dan menyalakan api dan api mainan seperti poi. Di bahagian-bahagian Asia, minyak tanah kadangkalanya digunakan sebagai bahan bakar untuk bukan sahaja enjin sangkut kecil malah juga motosikal.[1] Penggunaan minyak tanah dunia untuk semua tujuan dikira sebanyak kira-kira 1.2 juta tong setiap hari.[2]

Rujukan

WikiPedia: Minyak_tanah http://www.ask.com/science/freezing-point-kerosene... http://www.marineenginedigest.com/specialreports/k... http://emedicine.medscape.com/article/821143-overv... http://search.proquest.com/docview/223291007?accou... http://www.eia.gov/cfapps/ipdbproject/iedindex3.cf... http://www.epa.gov/hpv/pubs/summaries/kerjetfc/c15... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3221417 //doi.org/10.1093%2Ftropej%2F34.6.316 http://www.inchem.org/documents/icsc/icsc/eics0663... http://tropej.oxfordjournals.org/cgi/content/abstr...