Watak Mirmo_Zibang!

Watak utama

  • Mirmo (ミルモ, Mirumo)
    Le protagonis del la serie. Seekor pari-pari Muglox yang suka bermain-main dan makan coklat tetapi ada kalanya bersikap mementingkan diri sendiri dan pemalas. Sungguhpun dia menjadi tunang Rima, dia enggan mengahwininya kerana dia cuma menyukainya semata-mata, bukan mencintainya. Dia bersahabat dengan Katie dan bermusuhan dengan Yatch. Dia menggunakan sepasang maracas sebagai alat ajaibnya. Sebenarnya dialah putera dunia Muglox world dan juga kekanda Murumo. Sebagai ahli kerabat diraja, dia boleh menukarkan manusia menjadi pari-pari untuk 24 jam.
  • Rirumu (リルム)/Rima
    Muglox betina yang mencintai Mirmo dan hendak mengahwininya, meskipun tanpa disetujui Mirmo. Dia masih bertunang dengan Mirmo, dan cuba bermesra dengan Mirmo melalui janji temu. Kadang-kala, dia kelihatan comel dan suci, tetapi boleh menjadi kaki lawan yang menakutkan jika dimarahkan (terutamanya oleh Mirmo). Rima tidak cekap menggunakan sihir atau melakukan kerja harian, maka dia mudah memburukkan keadaan jika dia cuba menghulurkan bantuan. Dia juga menyajikan makanan bagi Mirmo, tetapi Mirmo kerap mengelak makannya kerana rupa dan rasa makanan itu. Dia menggunakan tamborin sebgai alat ajaibnya dan bersahabat dengan Dylan. Dia menggemari cream puff.
  • Yashichi (ヤシチ)/Yatch
    Sepertilah Azumi, dia amat bengis dan kurang bersabar. Bersama konco-konconya, Sasuke dan Hanzo, dia cuba mengganggu Mirmo tanpa henti dalam permusuhan berpanjangan antara mereka. Oleh sebab wajah dan senjata berupa ninja, he dia mungkinlah Muglox jenis ninja. Meskipun sering tidak peramah, dia membantu yang lain-lain megikut sesuka hatinya. Dia amat meminati Warumo Gang dan menggunakan segi tiga sebagai alat ajaibnya. Dia juga gemar melihat dan menyalin lukis seluar dalam orang lain lalu memalukan Azumi. Yatch benci Azumi kerana Azumi sering memperhambakannya, tetapi dia sedar dia tidak boleh mencapai misinya tanpanya.
  • Murumo (ムルモ)
    Muglox kecil dan bleum matang yang menggemari marshmallow dang menggunakan mukanya yang kecil dan manis untuk menenangkan atau memanipulasi orang lain. dia amat haloba dan kedekut apabila makan marshmallow, dan akan membuat apa sahaja untuk memaksa Kyle memberinya sebanyak marshmallow yang boleh (terutamanya menceritakan asmara Kaite dan Dylan). Kadang-kala, dia peramah dan bermanis dengan kawan-kawannya dan sanggup menolong mereka yang dalam kesusahan. Dialah adik lelaki Mirmo dan menggunakan dram sebagai alat ajaibnya.
  • Kaede Minami (南楓, Minami Kaede)/Katie Minami
    Seorang gadis periang dan cergas yang amat meminati Dylan dan menjadi rakan Mirmo. Sungguhpun amat manis rupa dan suka bantu-membantu, dia boleh naik berang jika diganggu. Dia bermusuhan dengan Azumi dan mereka berdua sering merebut Dylan. Ketika dalam dunia Muglox dia menjadi pari-pari yang bersayap (tetapi penduduk duina itu tidak bersayap, sebaliknya mereka menggunakan alatan seperti sepasang kipas untuk terbang).
  • Setsu Yuuki (結木摂, Yūki Setsu)/Dylan Yuuki
    Seorang ulat buku yang pintar dan senyap, yang direbut oleh Katie dan Azumi have dan bersahabat dengan Rima. Walaupun selalu bersifat senyap dan tenang, dia sentiasa bersedia menolong rakan-rakannya, biarpun ini mungkin memalukannya. Anatara Katie dan Azumi, adalah kurang jelas yang mana dia suka terdahulu, sejak keluar bersama Katie pada musim pertama anime.
  • Azumi Hidaka (日高安純, Hidaka Azumi)
    Seorang gadis bengis dan kurang bersabar yang mencintai Yuki dan maka itu bermusuhan dengan Katie. Dia sering membelasah Katie setiap kali terserempak dengan Katie bersama Dylan, biasanya dengan serangan hendap yang lucu. Kadang-kadang dia bersikap megah, tetapi dia juga sedia menolong jika hendak. Dia bersubahat dengan Yatch kerana Azumi kehendakkan Yuki dan membenci Katie dan Yatch pula benci Mirmo, rakan pari-pari Katie. Akan tetapi, selalunya Azumi memperhambakan Yatch dengan menyerahkan semua kerja harian kepadanya, namun dia berasa prihatin terhadapnya.
  • Kaoru Matsutake (松竹香, Matsutake Kaoru)/Kyle Matsutake
    Seorang remaja lelaki yang kaya-raya dan amat popular di kalangan gadis-gadis sesekolahnya, tetapi dia kelihatan kurang senang denga popularitinya. Perangai Kyle yang periang membolehkannya berkawan dengan Katie (gadis idamannya) dan Murumo. dia akan membuat apa sahaja (sepastinya dengan harta bendanya yang bernilai} untuk menjadi teman lelaki Katie, namun dihampakan dengan minat Katie terhadap Dylan. Dia mengupah seorang pembantu rumah/pegawai keselamatan, dan amat bergantung kepadanya. Sungguhpun tidak jelas, dia amat manja dan suka menangis, dan jika tercedera sedikit pun dia akan dirawat oleh satu set lengkap mesin-mesin perubatan.