Mitsubishi_Kuda
Mitsubishi_Kuda

Mitsubishi_Kuda

Mitsubishi Freeca / Mitsubishi Kuda adalah sebuah MPV kompak yang direka oleh Mitsubishi Motors dan China Motor Corporation untuk pasaran Asia, dan dibuat di Taiwan dan Filipina (di sana dinamakan Mitsubishi Adventure). Pertama kali dilancarkan pada 11 September 1997, dan pengeluaran ke 50,000 tercapai tahun 2005 di Filipina. Pesaing yang mirip dengannya adalah Isuzu Panther dan Toyota Kijang. Mitsubishi Kuda terbagi dalam dua jenis enjin iaitu petrol 2.0L dan diesel 2.5L.Di pasaran antarabangsa Mitsubishi Kuda dikenali sebagai Mitsubishi Freeca di Taiwan, Mitsubishi Adventure di China dan Filipina dan Mitsubishi Jolie di Vietnam.Pengeluaran Mitsubishi Kuda di Indonesia telah dihentikan sejak tahun 2005, Pada Awal Dilancarkan Tahun 1999, Mitsubishi menawarkan Varian GLX Petrol, GLS Petrol, Super Exceed Petrol, GLX Diesel, GLS Diesel, pada 2000, telah dilancarkan varian Super Exceed Diesel, pada 2002, telah dilancarkan New Mitsubishi kuda dengan Perubahan Varian Menjadi Grandia, Diamond, Deluxe, Serta Mesin Petrol dari awalnya 1,600 cc menjadi 2,000 cc MPI dan ditawarkan transmisi automatik untuk Varian petrol, kemudian pada 2004, telah dilancarkan Varian New Grandia sebagai edisi penutup Mitsubishi kuda sebelum dihentikan pengeluarannya.

Mitsubishi_Kuda

Tinggi 1,800–1,830 mm (70.9–72.0 in)
Lebar 1,650–1,690 mm (65.0–66.5 in)
Berat Curb 1445-1500 kg
Pemasangan Yang Mei, Taoyuan, Taiwan
Jakarta, Indonesia (sampai 2005)
Cainta Rizal, Filipina
Qing Kou, Min Hou, Fuzhou, China
Cape Town, Afrika Selatan
Pengilang Mitsubishi Motors
China Motor Corporation
Jarak roda 2,620 mm (103.1 in)
Pengeluaran 1997–2005
Kelas MPV
Panjang 4,320–4,375 mm (170.1–172.2 in)
Enjin 4G63A 2.0L SOHC 4 segaris Mesin bensin
4D56 2.5L SOHC 4 segaris Mesin diesel
Juga dikenali Mitsubishi Adventure
Mitsubishi Kuda
Mitsubishi Jolie
Soueast Freeca
Africar Landio
Africar Jockey
Penghantaran 5-speed manual
4-speed otomatis
Berkait Isuzu Panther, Toyota Kijang