Mogok ialah pemberhentian kerja yang disebabkan keengganan
pekerja secara besar-besaran daripada
bekerja. Mogok biasanya diadakan sebagai tindak balas kepada
rungutan pekerja. Mogok menjadi perkara penting ketika zaman
revolusi perindustrian, apabila
buruh besar-besaran menjadi penting di
kilang-kilang dan
lombong-lombong. Di kebanyakan negara, mogok terus dijadikan haram kerana pemilik kilang jauh lebih banyak kuasa politik berbanding buruh. Kebanyakan negara barat menghalalkan mogok secara separa pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.Kadang-kadang mogok bertujuan memberi tekanan pada kerajaan agar mengubah dasar. Adakalanya, mogok menggoyahkan pemerintahan parti politik tertentu. Contohnya, mogok
Limbungan Kapal Gdańsk yang diketuai
Lech Wałęsa, menjadi penting dalam perjuangan menuntut perubahan politik di
Poland, serta juga usaha bersiap sedia penting yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan-kerajaan
komunis Eropah Timur.Taktik mogok panjang sejarahnya. Menjelang akhir
Dinasti ke-20, di bawah pemerintahan Firaun
Ramses III di
Mesir Purba pada abad ke-12 SM, para buruh
nekropolis diraja menganjurkan mogok atau pemberontakan buruh terawal yang dikenali dalam sejarah. Peristiwa ini dilaporkan secara terperinci pada sehelai kertas
papirus pada masa itu, dan kertas itu diawet dan kini disimpan di
Turin.
[1] Pada zaman moden pula, pada tahun 1768, para pelaut yang menyokong demonstrasi di
London, "bermogok" atau menanggalkan layar kapal saudagar di pelabuhan, lalu melumpuhkan kapal-kapal itu.