Mohammad_Azmir_Azizan

Mohammad Azmir Azizan adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.[1] Beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Santan dalam Pilihan raya negeri Perlis 2022 lalu.[2] Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia Negeri Perlis.[3]