Mohanadas_Nagappan

Dato' Mohanadas Nagappan merupakan rakyat Malaysia yang kedua yang berjaya menakluki gunung Everest yang terletak di Himalaya. Mohanadas tiba ke puncak gunung Everest 15 minit selepas M. Magendran. Mereka berdualah yang bertanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung Everest.[1] Beliau melangkah ke puncak Everest pada 23 Mei 1997, jam 12:10 pagi, selepas Magendran yang tiba pada jam 11:55 pagi.[2][3] Kedua-dua pendaki gunung itu merupakan sebahagian daripada program "Malaysia-Everest Project 97" yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pendudukan Gunung Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama mereka ialah M. Moorthy (Moorthy Maniam).Tahun 1997 juga meraikan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Malaysia.[4] Pada 2000, Mohandas dan Magendran diabadikan dalam setem pos mereka, tiga tahun selepas melakukan pendakian ke Everest.[5][6]Pada 11 Julai 2010, Mohanadas dan Magendran dikurniakan darjah kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-72 keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[7]Pada 25 Mei 2017, Mohanadas dan Magendran meraikan ulang tahun ke-20 misi kembara mereka ke Everest.[8]

Rujukan

WikiPedia: Mohanadas_Nagappan http://sampulfdc.blogspot.com/2010/11/siri-mileniu... http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/... http://www.imdb.com/name/nm1590394/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://www.malaysiarecords.com.my/recordoftheyear.... http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/en/achievemen... http://www.statutelaw.gov.uk/content.aspx?LegType=... https://books.google.com/books?id=5VvvOi9mRHIC&pg=... https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/04/... https://web.archive.org/web/20130518080052/http://...