Mohd_Amri_Yahyah
Mohd_Amri_Yahyah

Mohd_Amri_Yahyah

† Kemunculan (Gol).
Mohd Amri bin Yahyah (lahir 21 Januari 1981) merupakan pemain bola sepak Malaysia. Ketika ini beliau bermain untuk pasukan Perak FA. Amri juga bermain di posisi sayap kanan, kiri dan penyerang tengah.Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Amri telah mewakili Selangor sejak tahun 2001. Pada 2002, dia digelar sebagai budak emas apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah. Pada musim 2005 dia membantu Selangor memenangi tiga piala. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2003 di Hanoi dan Piala Tiger 2004 dimana Malaysia muncul pemenang tempat ke-3.Sebelum bermulanya musim 2009, Amri dilantik untuk menjadi ketua pasukan Selangor selepas kontrak Shukor Adan ditamatkan FAS.Kehebatannya terserlah selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan menentang juara Liga Perdana Inggeris Manchester United pada 18 Julai 2009. Pasukan kebangsaan tewas 2-3.Beliau juga berjaya menjaringkan gol tunggal negara untuk skuad kebangsaan Malaysia sewaktu bertemu dengan juara La Liga, FC Barcelona dalam sebuah perlawanan persahabatan, skuad kebangsaan tewas 1-3 di Stadium Shah AlamPada 22 Disember 2009, beliau dipanggil kembali untuk memperkuatkan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu pada 2 Januari 2010.[1] Amri juga turut tersenarai dalam skuad kebangsaan kendalian K. Rajagopal yang julung kali memenangi Piala Suzuki AFF 2010.

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Amri_Yahyah http://www.astroawani.com/berita-sukan/amri-yahyah... http://www.bolasepakmalaysia.com/p/pendapat-gaji-p... http://www.goal.com/en-my/news/golden-boy-amri-yah... http://selangorfc.com/pemain/arkib/mohd-amri-yahya... http://www.soccer24.com/malaysia/super-league/ http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2009/... http://football.thestar.com.my/story.asp?file=/201... http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2013/08/1... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...