Kerjaya Mohd_Fairuz_bin_Selamat

Menurut Pengarah Eksekutif FMC C. F. Ho, Fairuz mempunyai suara yang unik dan sempurna tetapi sayang jika bakat yang ada pada dirinya dipersiakan begitu sahaja. Kontraknya dengan FMC telah dilakukan pada 9 Februari 2002 di Cheras dengan disaksikan oleh ibu bapa dan abang Fairuz. Dalam perjanjian itu Fairuz dan bapanya, Encik Selamat telah menandatangani kontrak bagi pihak Fairuz kerana ketika itu Fairuz masih belum cukup usia untuk menandatangani kontrak secara peribadi.

Fairuz yang mesra dengan panggilan Yuz dikalangan peminat-peminatnya begitu meminati bidang nyanyian. Beliau bukan sahaja hebat mendendangkan lagu-lagu yang berbentuk balada sahaja malah anak kelahiran Johor ini juga dapat mendendangkan lagu melayu asli dengan begitu baik sekali. Beliau sendiri telah banyak menjadi johan dalam pertandingan Bintang Asli yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor.