Biografi Mohd_Yusmadi_Mohd_Yusuff

Yusmadi merupakan seorang peguam, penulis dan penganalisa politik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau. Beliau meneruskan pengajian menengah di SMKA Al-Mashoor (L) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Undang-Undang.

Penglibatan beliau di dalam kes-kes hak asasi manusia dan hak awam telah melayakkan beliau dipilih sebagai Fellow Hubert H. Humphrey di dalam bidang Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang di American University Washington College of Law di Washington D.C.

Yusmadi merupakan Exco Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan juga merupakan Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa. Musim Panas 2008 beliau telah dipilih sebagai Fello Demokrasi & Pembangunan di Universiti Stanford di California.