Mohd_Zain_Ramli

Mohd Zain Ramli atau juga dikenali sebagai Ringgo Arrow (lahir 1 Julai 1969) merupakan salah seorang ahli Arrow. Dia bersama kumpulan Arrow telah mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an. Mohd Zain pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah.Mohd Zain kini mahu membuat penjenamaan semula namanya dalam industri muzik tempatan dan tidak lagi mahu menggunakan nama Ringgo lagi. Mohd Zain kini menggunakan nama Zain, dalam kemunculannya menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat dan berjaya mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat. [1]