Mohd_Zaki_Mansur
Mohd_Zaki_Mansur

Mohd_Zaki_Mansur

Mohd Zaki Mansur atau lebih dikenali dengan nama To'ki merupakah salah seorang penyanyi popular era 1990an yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik selain turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Lagu seperti Hampa, Selumbar, Biasan dan Seni Berzaman adalah sebahagian daripada deretan lagu popularnya pada era tersebut. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Fauzi Marzuki dan M. Nasir di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, Sheqal, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin. Ketika era kegemilangannya, To'ki pernah mewakili negara dalam Pertandingan Lagu Asia di Hanoi pada 1993 dan memenanginya. Beliau kini bergiat cergas dalam menulis runut bunyi untuk drama dan filem di Malaysia.

Mohd_Zaki_Mansur

Pekerjaan Penyanyi
Berasal dari Malaysia
Nama lahir Mohd Zaki bin Mansur
Tahun aktif 1990-an