ND_Lala

Dato' Amir Amzah bin Salleh, DIMP, atau lebih dikenali sebagai ND Lala merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal di era 1980-an dan 1990-an menerusi muzik genre pop tradisional dan rakyat (folk). Beliau juga bergelar pengacara TV dan pelakon selain melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Dato' Jamal Abdillah dan Noraniza Idris.Dato' Amir Amzah Salleh atau ND Lala menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'. Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar Pekan, pada 24 OKTOBER 2018. Pengurniaan darjah kebesaran disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

ND_Lala

Pekerjaan Penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu, penerbit album, pengacara TV, pelakon filem, drama TV, drama radio dan teater, penulis skrip drama dan filem, penulis skrip hiburan TV
Nama lahir Amir Amzah bin Salleh
Juga dikenali sebagai ND Lala
Kelahiran Malaysia
Genre Tradisional, Folk
Tahun aktif 1982 – kini