Keluarga ND_Lala

Nada atau gaya bahagian keluarga ini mungkin tidak mencerminkan nada ensiklopedia yang digunakan di Wikipedia. Lihat panduan penulisan yang lebih baik untuk cadangan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Beliau menikahi wanita bernama Fauziah Sarman pada tahun 1989 setelah berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Mekar Sejambak di Radio Televisyen Malaysia. Mereka dikuarniakan empat cahaya mata, Nur Shahila (lahir 1990), Amir Syafiq (lahir 1993), Amir Syahir (lahir 1995) dan Nur Syuhada (lahir 1998) [2]. Nur Shahila atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan penyanyi terkenal yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.[perlu rujukan]

Pada tahun 1995 dalam album solonya ND Lala. menampilkan anak pertamanya (Nurshahila) yang baru berusia 4 tahun setengah untuk berduet dengannya melalui lagu "Jenguk-Jenguklah Anak-Anak Kita". ND Lala telah membawa Nurshahila menyertai pertandingan nyanyian dari umur 7 hingga 9 tahun. ND Lala melatih dan membimbing anaknya menyanyi pelbagai jenis lagu daripada lagu-lagu tradisional hingga lagu-lagu pop.[perlu rujukan]

Pada tahun 1999, ND Lala mencipta lagu khas untuk anaknya berjudul "Ibu". Demo lagu itu dibawa ke semua syarikat rakaman yang ada di Malaysia, namun tidak ada satu syarikat pun yang mahu mengambil Nurshahila sebagai artis rakaman mereka. ND Lala telah mencagar tanah bapa mertuanya untuk membuat pinjaman bank sejumlah RM 100,000 bagi menerbitkan album anaknya. ND Lala menjadi penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik untuk kesemua lagu dalam album tersebut.[perlu rujukan]

Album Nurshahila yang berjudul Terima Kasih Guru itu telah diedarkan pada tahun 2000. Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan dan isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Lagu "Ibu" ciptaan ND Lala telah menjadi popular terutamanya melalui stesen radio paling popular pada masa itu iaitu radio Era. Nama pentas Nurshahila pada masa itu ialah Shila Tekno. Shila mula popular sebagai artis kanak-kanak dan berjaya ke peringkat akhir Anugerah Bintang Popular.[perlu rujukan]

Setelah Shila popular dengan beberapa album pada tahun 2008 ND Lala membawa Shila menyertai pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa yang disertai oleh 23 buah negara. Nama pertandingan itu ialah Shanghai World Star Quest. Shila telah berjaya menjadi juara. Di sinilah ND Lala mengenali ramai penerbit dan komposer-komposer terkenal termasuk penerbit dari negara China. Pada tahun 2012, ND Lala telah membawa Shila menyertai pertandingan nyanyian peringkat Asia. Pertandingan yang diadakan di Shanghai dan dianjurkan oleh Shanghai Media Group itu dinamakan ASEAN Wave. Shila telah berjaya menjadi juara.[perlu rujukan]

ND Lala dan Shila tinggal di China dari tahun 2012 hingga 2015 sebelum berpindah ke Hong Kong. ND Lala dan Shila tinggal di Hong Kong hingga kini. Shila kini[bila?] merupakan penyanyi paling popular di Asia dan mendapat gelaran ASEAN Sweet Heart.[perlu rujukan]