Muzik ND_Lala

Sepanjang bergiat serius sebagai penyanyi sejak 1987, beliau telah melahirkan 8 buah album solo termasuk Rezeki pada tahun 2000. Album lain yang pernah dihasilkan oleh N.D Lala ialah Buah Hati Dikebas Orang, Balada Cintamu Balada Cintaku, Peel dan Bila Lagi . Beliau juga pernah menghasilkan album Ya Y.B dan Rumah Kita yang dijual di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sahaja.[1][pautan putussejarah] ND berpeluang berkerjasama dengan penerbit handalan seperti Ahmad Nawab dan Adnan Abu Hassan ketika awal karier muziknya sebelum bertindak menerbitkan sendiri lagu-lagu dalam 4 album terakhirnya. Beliau juga antara penyanyi terawal yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) yang ketika itu belum begitu aktif menerbitkan album pop tradisional. Kejayaan beberapa buah lagu ND membuka pasaran yang baik untuk muzik tradisional pada tahun 1996. Antara lagu yang hit dendangan beliau ialah lagu "Mat Tahir Mata Air", "Diari YB", "Syair Cak Pong", "Zapin Berharap". Dua buah lagunya pernah memenangi Juara Lagu Kategori Etnik Kreatif pada 1995 dan 1996 selain pernah bertanding sebagai komposer untuk lagu nyanyian Noraniza Idris ("Hala Timur", 2002). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik.[perlu rujukan]

Sebagai penyanyi beliau cukup terkenal dengan lagu-lagu bergenre tradisional yang berkonsepkan satira, komedi, rakyat dan pop. Malahan, namanya berjaya diletakkan sebaris dengan penggiat muzik tradisional era 90-an lain seperti Kopratasa (lagu puisi), M. Nasir (nusantara dan sufi), Sheqal (nusantara), To'ki (pop tradisional), Noraniza Idris (pop tradisional, etnik fusion) dan Zainal Abidin (etnik fusion).[perlu rujukan]