Pengacaraan ND_Lala

Sebelum betul-betul aktif dalam industri rakaman, ND terlebih dahulu menceburi bidang pengacaraan apabila diberi peluang mengacarakan program Muzik Muzik selama satu musim pada tahun 1988. Beliau juga diberi peluang mengacarakan peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-3 anjuran TV3. Selain itu, ND Lala juga terkenal sebagai pengacara program pencarian penyanyi anjuran RTM iaitu Bintang RTM untuk edisi tahun 1993, 1995, 1997, 1999 dan 2001 di mana menerusi pertandingan ini lahirnya bakat baru seperti Nora Ariffin, Siti Nurhaliza, Alyah Abu Hasan dan Misha Omar. Dalam pada itu, ND juga pernah mengacarakan acara hiburan berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1988, 1992 dan 2001.[perlu rujukan]