Pembinaan Monorel_Melaka

Kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM28 juta tetapi telah berkurang kepada RM16.5 juta.[1] Ia mula dibina pada Mei 2008. Pada mulanya, monorel yang dicadangkan dapat memuatkan sebanyak 88 orang tetapi berkurang kepada 22 orang dan bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010.[2]

Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadthuys. Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer. Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator. Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.[3]

Rujukan

WikiPedia: Monorel_Melaka http://malaysiakini.com/news/180249 http://malaysiakini.com/news/180366 http://malaysiakini.com/news/180627 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/25766