Binaan Motor_aruhan

Corak lilitan bagi motor 3 fasa, 4 kutub (fasa dilabelkan sebagai W, U, V).

Stator terdiri daripada 'kutub' berlilit yang mengangkut arus bekalan untuk mengaruh medan magnet yang menembusi rotor. Bilangan 'kutub' boleh berbeza mengikut jenis motor tetapi mestilah sentiasa berpasangan (iaitu 2, 4, 6, dsb.).

Motor aruhan selalunya dibina untuk menggunakan bekalan fasa tunggal atau 3 fasa, tetapi motor 2 fasa juga wujud, Secara teori, motor dua fasa dan tiga fasa boleh wujud; kebanyakan motor fasa tunggal yang mempunyai dua lilitan serta memerlukan satu kapasitor sebenarnya boleh dirujuk sebagai motor dua fasa, memandangkan kapasitor tersebut menghasilkan fasa kedua 90 darjah daripada bekalan fasa tunggal serta disuapkan pada satu gelung motor berasingan. Bekalan fasa tunggal lazim terdapat dalam rumah kediaman, tetapi tidak berupaya menghasilkan medan magnet berputar di dalam motor, oleh itu motor aruhan fasa tunggal mestilah mempunyai mekanisme penghidup bagi menghasilkan medan berputar. Motor tiga fasa pula boleh dihidupkan tanpa memerlukan kapasitor sebagaimana motor fasa tunggal, sekaligus menjadikannya lebih cekap daripada motor fasa tunggal dengan kadaran kuasa yang sama.

Terdapat 3 jenis rotor yang digunakan:-

  • Rotor sangkar tupai - jenis rotor yang paling lazim digunakan. Ia terdiri daripada beberapa batang aluminimum sama panjang serta selari yang disusun membentuk satu silinder serta disambungkan oleh gelang, menjadikannya berbentuk seperti "sangkar tupai". Batang-batang tersebut disusun senget sedikit bagi mengurangkan bunyi bising serta harmonik.
  • Rotor gelang gelincir - menggantikan "sangkar tupai" dengan lilitan yang disambungkan pada gelang gelincir. Apabila gelang tersebut dipintaskan, ia akan berperwatakan seperti motor sangkar tupai. Ia boleh juga disambung dengan perintang untuk menghasilkan litar rotor berintangan tinggi, yang boleh membantu menghidupkannya.
  • Rotor teras pepejal - diperbuat daripada keluli lembut pejal. Arus yang diaruhkan stator akan menghasilkan putaran.

Rujukan

WikiPedia: Motor_aruhan http://books.google.com/books?id=85AOAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=Itg3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=TvwHAAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=fRSOIHe7gyIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ffpOAAAAMAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=h2DTNDFcC14C&pg=P... http://books.google.com/books?id=hbM_AAAAYAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=r9U3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=r_dOAAAAMAAJ&prin... http://aungwin.htut.googlepages.com/inductionmotor...