Sejarah Motor_aruhan

Idea medan magnet berputar dibangunkan oleh François Arago (1824)[1][2][3] serta mula diimplementasikan oleh Walter Baily.[4][5][6] Motor aruhan praktikal mula direalisasikan secara bebas oleh Galileo Ferraris, di Itali, dan Nikola Tesla, di Amerika Syarikat.[7][8][9] Menurut autobiografi 1915nya Tesla menemui prinsip medan magnet berputar pada tahun 1882 dan menggunakannya untuk mencipta motor AC tanpa berus atau motor aruhan pertama pada tahun 1883.[10][11] Ferraris membangunkan idea tersebut pada tahun 1885.[12][13][14] Pada tahun 1888, Ferraris menerbitkan hasil kajiannya kepada Akademi Diraja Sains di Turin semasa dia memperincikan asas teori bagi memahami cara motor tersebut beroperasi.[15] Pada masa berasingan tahun yang sama, Tesla memperoleh U.S. Patent 381,968 . Motor aruhan jenis sangkar tupai dicipta oleh Mikhail Dolivo-Dobrovolsky lebih kurang setahun kemudian.

Rujukan

WikiPedia: Motor_aruhan http://books.google.com/books?id=85AOAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=Itg3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=TvwHAAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=fRSOIHe7gyIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ffpOAAAAMAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=h2DTNDFcC14C&pg=P... http://books.google.com/books?id=hbM_AAAAYAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=r9U3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=r_dOAAAAMAAJ&prin... http://aungwin.htut.googlepages.com/inductionmotor...