Mr._Krabs

Eugene H. Krabs,[1] umumnya dikenali sebagai Mr. Krabs, ialah watak fiksyen dalam siri animasi televisyen Amerika, SpongeBob SquarePants. Watak ini disuarai oleh pelakon Clancy Brown dan muncul buat pertama kali siri episod Help Wanted pada 1 Mei 1999. Watak tersebut telah dicipta dan direka bentuk oleh ahli biologi marin oleh Stephen Hillenburg.Mr. Krabs merupakan pemilik restoran Krusty Krab dan tingal di dalam sauh dengan anaknya Pearl, yang merupakan ikan paus sperma. Walaupun Krabs taksub dengan wang dan tidak suka membelanjakannya, dia berusaha keras untuk menjadikan Pearl bahagia. Dia cenderung untuk bimbang tentang kekayaannya dan mengabaikan keperluan pekerjanya, SpongeBob dan Squidward yang bekerja sebagai tukang masak dan juruwang.[2] Dia berada dalam hubungan romantik dengan Mrs. Puff dan bersaing dengan bekas sahabatnya, Plankton, yang memiliki restoran yang dikenali sebagai Chum Bucket yang terletak di seberang Krusty Krab.Cintanya kepada Mrs. Puff begitu kuat sehingga ia mendorongnya untuk membeli hadiah yang mahal.[3] Krabs bertolak ansur dengan dua pekerjanya kerana kos rendah dan kesan positif terhadap kewangannya, tetapi dia cepat menegur mereka jika mereka terlibat dalam tingkah laku yang menghalang pelanggan. Krabs mempunyai hubungan ayah-anak dengan SpongeBob; Krabs sering memarahi jika dia mendapat masalah, tetapi kadang-kadang memberi nasihat seperti seorang ayah.[4] Mr. Krabs mempunyai cara berjalan yang berbeza. Dia berjalan dengan cepat dan seolah-olah dia mempunyai lebih daripada dua kaki.Watak ini telah dipaparkan dalam pelbagai barangan, termasuk mainan, angka koleksi, dan permainan video. Dia juga muncul dalam filem 2004, The SpongeBob SquarePants Movie dan sekuelnya pada 2015, The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water.