Kontroversi Muhammad_Haji_Muhd_Taib

Perkahwinan dengan Tengku Zahariah

Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dikatakan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Tak Bai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 [perlu rujukan]. Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail, bekas suami Fauziah Latiff.

Membawa wang keluar negara

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland. Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia.[9]

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000. Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast, barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.[10][11]

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.[12]

Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

Blog

Muhammad pernah mengkritik kuat penulis blog dan menggelar mereka yang menggunakan alamat web luar negara sebagai pengecut dan bersifat pondan.[13]

"Kenapa saya katakan mereka pengecut kerana mereka takut menggunakan alamat web di negara ini tetapi menggunakan alamat luar negara untuk membantah pemimpin negara kita, apakah ini watak lelaki? Ini bukan lelaki, ini adalah 'pondan'."

Sebaliknya, 15 April 2008, dia telah menubuhkan blognya dengan menggunakan nama sebenarnya.

Kurang aktif

Pada 20 November 2010, menurut timbalan ketua UMNO bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahya Bujang, Mat Taib telah menyerahkan tugas tersebut kepada Datuk Yahya semenjak dipilih memegang jawatan ketua bahagian tersebut tahun lepas kerana Mat Taib selalu keluar negara untuk urusan perniagaan.[14]

Tukar parti

Muhammad Taib ketika menyertai PAS

Pada 14 April 2013, beliau dilaporkan telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen Pakatan Rakyat (PR). Laporan dari Pahang Daily Online telah menyebut bahawa beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Bangi pada hari tersebut[15]. Beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti tersebut pada 22 April 2013 (Isnin) dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan raya umum ke-13 untuk mengelakkan tuduhan bahawa dia telah mengambil langkah untuk dicalonkan di dalam pilihan raya umum.[16]

Pada 10 September 2015, Muhammad keluar PAS dan masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Pakatan Harapan (PH).[17]

Pada 17 September 2017, Muhammad masuk semula UMNO selepas meninggalkannya selama empat tahun untuk bersama pembangkang.[18][19]

Rujukan

WikiPedia: Muhammad_Haji_Muhd_Taib http://www.austlii.edu.au/au/legis/cth/consol_act/... http://news.abnxcess.com/bm/2013/04/mat-taib-masuk... http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=2800... http://sahathevan.blogspot.com/2008/02/umno-candid... http://www.economist.com/node/147620 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.limkitsiang.com/archive/1997/June97/sg5... http://www.malaysiakini.com/letters/80293 http://www.malaysiakini.com/news/117931 http://www.malaysiakini.com/news/226883