Kerjaya Muhammad_bin_Ibrahim

Beliau menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM pada Jun 2010.[5] Beliau juga merupaka Jawatankuasa dalam Penstabilan Kewangan dan Polisi Monetari.

Semasa khidmat beliau dalam BNM, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam badan kerajaan dan syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 2010 dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012. Sewaktu Krisis Kewangan Asia 1997, beliau merupakan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, sebuah agensi bertujan unutk permodalan semula.[6]