Politik Mujahid_Yusuf_Rawa

Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 2004 namun tewas. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Rahman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi. Pada PRU ke-14, beliau diberikan mandat untuk penggal ketiga berturut-turut sebagai wakil rakyat di Parit Buntar Perak.

Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003)