Penerbitan Muka_Surat_Cinta

Muka Surat Cinta merupakan filem ke-11 arahan Pierre Andre dan yang keenam bagi genre romantik dan merupakan filem keempat Mikail Andre di bawah arahan abangnya.[2][3] Filem ini pada mulanya menggunakan judul Perempuan Mukasurat Tujuh yang juga filem pendek arahan Pierre, namun Pierre memutuskan untuk menukar judul filemnya ini kepada Muka Surat Cinta.[2] Filem ini juga buat julung kalinya menampilkan gabungan pelakon muda dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Mempertaruhkan barisan muka-muka baharu, filem ini diterajui oleh Mikail bersama Nina dan turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Hilal Azman dan Afiera Riana.[2]

Berkaitan