Sinopsis Mulan_(filem_1998)

Cerita bermula dengan sebuah dinasti di Republik Rakyat China yang diserang oleh bangsa Hun, menjadikan maharaja mewartakan kerahan tentera wajib. Setiap keluarga perlu menghantar seorang lelaki, termasuk keluarga Fa. Satu-satunya ahli lelaki keluarga Fa adalah ayah pada Mulan yang, walaupun merupakan veteran perang, telah lanjut usia. Selain masalah itu, Mulan juga menghadapi masalah kerana ia bukanlah gadis yang berdandan sungguhpun masyarakat menjangkakannya sedemikian.

Mulan yang tidak mahu ayahnya pergi berperang menyamar menjadi pemuda dan menggantikan ayahnya. Melihat hal itu, para leluhur keluarga Fa menghantar Mushu, seekor naga kecil untuk membantu Mulan. Mulan dan teman-temannya kemudian dihantar berperang di bawah komando Shang dan, setelah melalui berbagai masalah, berjaya menghalang musuh. Malangnya, identiti asli Mulan terbongkar.

Pasukan musuh yang bangkit kembali akhirnya menyerang istana serta hampir membunuh maharaja namun Mulan bersama rakan-rakan sepasukannya berjaya menyelamatkan maharaja serta warisan wangsa itu.