Watak Mulan_(filem_1998)

Dari kanan ke kiri: Khan; Fa Mulan; Mushu; Cri-Kee
  • Fa Mulan ialah protagonis wanita, berasaskan Hua Mulan. Dia menyamarkan dirinya sebagai seorang lelaki dan memasuki Tentera Diraja China untuk menggantikan bapanya. Disebalik dari dihukum kerana melakukan demikian, dia akhirnya menjadi seorang serikandi perang.
  • Mushu ialah seekor naga dan salah seorang mambang penjaga keluarga Fa, telah terdahulunya diturun pangkat selepas tersalah memimpin salah seorang nenek moyang keluarga Fa. Dia ditempatkan kembali sebagai seorang penjaga selepas berjaya menolong Mulan dalam percubaannya dalam tentera.
  • Kapten Li Shan ialah anak lelaki Jeneral Li dan pegawai yang mengetuai latihan tentera baru Diraja.
  • Shan Yu ialah watak jahat dan ketua tentera Hun yang ingin menakluk Empayar China.
  • Yao ialah seorang ahli Tentera Diraja yang pendek tetapi tegas yang berkawan dengan Mulan.
  • Ling ialah seorang ahli Tentera Diraja yang tinggi lampai yang berkawan dengan Mulan.
  • Chien-Po ialah seorang ahli Tentera Diraja yang gemuk dan baik hati yang berkawan dengan Mulan.
  • Chi-Fu ialah ahli konsul dan penasihat Maharaja yang juga penasihat Li Shang yang enggan membenarkan kumpulan tentera tersebut menyertai peperangan menentang puak Hun.
  • Fa Zhou ialah bapa Mulan dan bekas askar yang terkenal.
  • Nenek Fa ialah nenek Mulan, yang menggalakkan Mulan mencari suami.
  • Maharaja China ialah objektif penculikan puak Hun dan memuji Mulan selepas menyelamatkan baginda dan Empayar China.
  • Moyang Pertama Fa ialah pengerusi moyang keluarga Fa.
  • Fa Li ialah ibu Mulan.
  • Jeneral Li ialah bapa Li Shang yang terbunuh dalam peperangan menentang tentera Hun.
  • Pencari Jodoh / Tukang Risik ialah yang cuba mencarikan suami Mulan pada permulaan filem.
  • Khan ialah kuda Mulan
  • Cri-Kee ialah seekor cengkerik yang diberikan ke Mulan sebagai suatu tangkal.