Biografi Muna_Shahirah

Muna Shahira atau nama sebenarnya, Muna Shahira binti Munadir berusia 25 tahun pada 2019. Beliau berasal dari Johor dan merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Bakatnya dalam bidang nyanyian dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia 2014 yang antara lain melahirkan penyanyi Aman Aziz, Ewal dan Nina Nadira. Beliau bagaimanapun tidak berjaya menempatkan diri sebagai finalis akhir apabila menjadi peserta ketiga disingkirkan di minggu keempat, selepas melaksanakan cabaran lagu tugasan 'Hilang' dendangan asal Najwa Latif, Diam-diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram), Percayalah (Indah Suhaila) dan Kekal (Ziana Zain). Beliau kini bernaung di bawah syarikat rakaman FMC dengan kontrak diikat selama lima tahun. Beliau juga pernah menerbitkan single Takdir Cinta pada November 2017 dan Teguh Setia pada hujung 2018, kedua-duanya ciptaan Ibnu dan Gouffran. Pengikutnya di laman Instagramnya, @muna.shahira diikuti lebih 50,000 pengikut. Beliau meminati genre muzik balada dan meletakkan Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi pujaan, manakala Dato' Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai idola dalam bidang lakonan dan menyifatkan diri seorang yang ceria dan mudah dibawa berborak. Beliau suka menyanyi di dalam tandas.Walaupun senang mengalirkan air mata, namun dalam masa sama seorang yang berkarakter tegas dan sentiasa berusaha mengejar apa yang dimahukan.Selain menyanyi, beliau turut membantu kedua ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.