Kerjaya Muna_Shahirah

Karier seni Muna bermula apabila beliau terpilih menjadi salah seorang daripada 12 pelajar yang diterima masuk me dalam Akademi Fantasia Musim 11 (AF2014).[1]Namun rezeki dan perjuangan beliau terhenti di konsert minggu keempat berikutan mendapat undian terendah di minggu tersebut meskipun persembahan beliau mendapat pujian daripada juri.[2] Selepas tersingkir daripada AF2014, beliau kembali fokus terhadap pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Setelah tamat pengajiannya pada tahun 2017 beliau kembali ke industri muzik dengan menerbitkan dua single berjudul Takdir Cinta dan Teguh Setia dimana kedua-dua buah lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu Gouffran. Lagu Teguh Setia terkandas di separuh akhir minggu ketiga Muzik Muzik 34 apabila lagu tersebut gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.[3]