Muntah
Muntah

Muntah

Muntah (atau emesis dalam istilah perubatan) ialah tindakan mengeluarkan isi perut secara paksaan, melalui mulut atau hidung. Muntah ada pelbagai sebabnya, seperti gastritis atau keracunan, mahupun tumor otak ataupun tekanan intrakranium yang tinggi. Apabila seseorang menjadi loya atau mual, dia akan (tetapi tidak semestinya) muntah pada bila-bila masa. Antiemetik adakalanya perlu untuk menahan rasa loya atau muntah, manakala dalam kes-kes serius yang mana berlakunya penyahhidratan, pesakit harus diberi bendalir intravena untuk menggantikan isi padu bendalir.Muntah adalah berbeza dengan jeluak, walaupun kedua-dua istilah tersebut dibuat seolah-olah sama makna. Jeluak (atau regurgitasi) ialah kembalinya makanan ke dalam esofagus hingga ke mulut, tanpa paksaan dan ketakselesaan yang dialami ketika muntah. Punca muntah dan jeluak itu adalah berbeza pada amnya.

Berkaitan