Perut
Perut

Perut

Perut merupakan bahagian berotot, berongga, boleh mengecut bagi saluran gastrousus yang berfungsi sebagai organ penghadaman penting. Perut terdapat pada manusia dan banyak haiwan lain, termasuk beberapa invertebrat. Dalam sistem penghadaman, perut terbabit dalam fasa kedua penghadaman, selepas mengunyah, yang bertujuan untuk mencerna bahan makanan supaya mudah dihadam dan diserap dalam badan.Bagi manusia dan kebanyakan haiwan lain, perut terletak untuk diantara esofagus dan usus kecil. Ia merembeskan enzim pencernaan dan asid gastrik untuk membantu pencernaan makanan. Sfinkter pilorus mengawal laluan makanan separuh hadam (kim ("chyme")) dari perut ke dalam duodenum di mana peristalsis mengambil alih untuk menggerakkannya melalui usus berikutnya.

Perut

Sistem Sistem penghadaman manusia
nama bahasa Latin Ventriculus
MeSH D013270
Limfa nodus limfatik seliak[3]
TA A05.5.01.001
Saraf seliak ganglia ("Celiac ganglia"), saraf vagus[2]
Urat Urat gastrik kanan, urat gastrik kiri, urat gastroepiplun kanan, urat gastroepiplun kiri, urat gastroepiplun pendek
nama bahasa Yunani Gaster
FMA FMA:7148
Arteri arteri gastrik kanan, arteri gastrik kiri, arteri omentum-gastrik kanan, arteri omentum-gastrik kiri, arteri gastrik pendek
Pendahulu Usus depan ("Foregut")