Anatomi Perut

Terdapat banyak sel-sel kelenjar gaster (atau gastrik) yang melapik atau bertaburan pada permukaan rongga dalam perut. Kelenjar gaster ini akan merembeskan jus gaster (secara lelehan).

Dinding perut

Dinding perut, bersifat mukosa. Dinding ini mempunyai tiga lapisan yang ketara iaitu:

  1. Lapisan yang paling hampir dengan rongga dalam perut iaitu lapisan mukosa.
    • Dalam lapisan ini terdapat kelenjar (salur) gastrik (gaster) yang digalasi (dikelilingi) oleh sel-sel epitelium turus dan lain-lain (sel-sel mukus, sel-sel oksintik, dan sel peptik).
    • Permukaan paling atas lapisan ini (dalam rongga perut), terdapat pit gastrik (gaster) yang berbentuk seperti lubang keluar untuk mengalirkan jus-jus gaster(gastrik) keluar.
  2. Lapisan yang berada dibawah lapisan mukosa iaitu lapisan muskularis mukosa.
    • Pada lapisan ini juga terdapat otot bulat.
  3. Lapisan yang paling luar iaitu lapisan submukosa.
    • Pada lapisan ini juga terdapat otot membujur.

Tindakan/pergerakan secara antagonis (berpasangan secara serentak) otot bulat dan otot membujur telah menyebabkan tindakan peristalsis.

Salur-salur yang menghubungkan perut

Terdapat 2 salur yang bersambung kepada perut iaitu:

  1. Salur sfinkter kardium - Salur ini menghubungkan perut dengan esofagus.
  2. Salur sfinkter pilorus - Salur ini menghubungkan perut dengan duodenum.