Perubatan (
Tulisan Jawi: ڤروبتن) ialah
sains dan amalan berkenaan
diagnosis,
rawatan, dan
pencegahan penyakit. Perubatan merangkumi pelbagai amalan
penjagaan kesihatan yang bercambah untuk mengekalkan dan mengembalikan
kesihatan melalui
pencegahan dan
rawatan penyakit-penyakit. Perubatan kontemporari menggunakan
sains bioperubatan,
kajian bioperubatan,
genetik, dan
teknologi perubatan untuk
mendiagnosis, merawat, dan mencegah kecederaan dan penyakit, lazimnya melalui
farmaseutikal atau
pembedahan, di samping melalui terapi-terapi seperti
psikoterapi,
penganduh dan tarikan luaran,
peranti perubatan,
biologik, dan
sinaran pengionan, di antaranya.
[1]Perubatan telah wujud sejak beribu-beribu tahun, ketika ia dianggap sebagai seni (sebuah bidang kemahiran dan pengetahuan), dan seringkalli berhubung-kait dengan kepercayaan
keagamaan dan
falsafah sesebuah kebudayaan setempat. Contohnya, seorang
pawang akan menggunakan herba-herba dan membaca
doa untuk pengubatan, atau seorang filasuf dan
tabib akan menggunakan
pembekaman menurut teori
humorisme. Pada kebelakangan abad ini, semenjak kewujudan
sains moden, kebanyakan perubatan telah menjadi gabungan antara seni dan sains (termasuk
asasi dan
gunaan, di bawah payungan
sains perubatan). Sementara teknik menjahit
sutur adalah sejenis seni yang dipelajari melalui latihan, pengetahuan mengenai perkara yang berlaku di tahap
sel dan
molekul pada tisu-tisu yang dijahit muncul daripada sains. Perubatan pra-saintifik kini dikenali sebagai
perubatan tradisional dan
perubatan rakyat. Mereka masih digunakan, tanpa penglibatan daripada perubatan saintifik, dan dikenali sebagai
perubatan alternatif. Contohnya, bukti-bukti mengenai keberkesanan
akupunktur adalah “berubah-ubah dan tidak tetap” untuk sebarang penyakit,
[2] tetapi secara umumnya selamat ketika dilakukan oleh pengamal yang bertauliah.
[3]Sebaliknya, perubatan di luar lingkungan keselamatan dan keberkesanan diberi gelaran
perubatan palsu.