Struktur Perut

Bahagian perut manusia.

Bagi manusia, perut terletak antara esofagus dan duodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia merupakan bahagian atas kiri rongga abdomen. Bahagian atas perut terletak diafram. Terletak dibelakang perut adalah pankreas. Dua lipatan besar peritoneum visera yang dipanggil omentum besar tergantung dari lengkungan besar pada perut. Dua sfinkter (injap) mengekalkan kandungan perut di dalam; sfinkter esofagus bawah (terdapat di bahagian kardiak), pada persimpangan antara esofagus dan perut, dan sfinkter pilorus pada persimpangan perut dengan duodenum.

Perut dikelilingi oleh parasimpatetik (perangsang) dan (perencat) bersimpati plexuses (rangkaian saluran darah dan saraf pada gastrik anterior, posterior, unggul dan rendah, seliak dan mienterik), yang mengawal selia kedua-dua aktiviti rembesan dan aktiviti motor (gerakan) otot.

Pada manusia dewasa, perut mempunyai isipadu ruang kosong, rehat kira-kira hampir 75 mililiter.[4] Disebabkan ia adalah satu organ yang dpt mengelembung, ia biasanya mengembang untuk menyimpan kira-kira satu liter makanan.[5] Perut bayi manusia yang baru lahir hanya akan dapat menyimpan kira-kira 30 mililiter.

Perut secara amnya merupakan persekitaran berasid dengan julat pH antara 1 dan 4 bergantung kepada makanan dan faktor-faktor lain. Pepsinogen dirembeskan oleh sel utama dan bertukar menjadi pepsin dengan kehadiran asid hidroklorik. Bahagian dalam perut boleh merembeskan sehingga 2 atau 3 liter lelehan gaster sehari.