Fungsi Perut

Salur sfinkter kardium merupakan salur yang membenarkan bolus (hancur/ringkas) makanan ke dalam perut. Bolus makanan ini akan dicerna dengan tindakan enzim tertentu terhadap substrat tertentu di dalam perut selama 2-5 jam. Tabiat pemakanan yang kurang baik, boleh menyebabkan makanan kurang dicerna dengan baik.

Perut juga menjalankan tindakan peristalsis iaitu tindakan/gerakan beritma perut untuk menghacurkan, mencernakan, mengisarkan, dan mencampurkan bolus makanan dengan jus-jus, enzim, asid tertentu dan lain-lain yang dirembeskan. TIndakan peristalsis ini juga memudah makanan dicerna dan diserap(asimilasi) masuk dalam vilus dalam salur usus.Tujuan utama pencernaan dalam perut adalah untuk mencerna protein.

Peristalsis berlaku di sepanjang salur alimentari (salur pencernaan). Tindakan peristalsis ini membolehkan bolus makanan bergerak di sepanjang salur alimentari. Tindakan berlaku dengan tindakan pengecutan dan pengenduran otot-otot di salur pencernaan secara beritma (berirama).