Musa_Wahab

Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Haji Musa bin Wahab, DTNS, PJK (4 September 1937 di Kuala Klawang, Jelebu - 11 September 2014 di Seremban) ialah Undang Luak Jelebu ke-15, salah satu daripada luak di Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Undang pada 4 Februari 1980 dan ditabalkan pada 20 November 1981 mengikut adat istiadat luak. Beliau berasal dari keturunan Waris Sarin; salah satu daripada keturunan yang mewarisi jawatan Undang di Jelebu selain Waris Ulu Jelebu dan Waris Kemin.Musa Wahab berkahwin dengan To' Puan Manoriah binti Ahmad Bidawi pada 30 September 1961, dan mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak angkat perempuan. Beliau bekerja hampir sepanjang hayatnya sebagai guru, dan berkhidmat sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, di Port Dickson dan kemudian di Sekolah Menengah Undang Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu. Beliau bersara daripada mengajar pada 4 Februari 1980 iaitu hari Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Othman bin Baginda ketika itu secara rasmi mengisytiharkan beliau sebagai Undang Luak Jelebu ke-15. Musa juga pernah terlibat secara aktif dalam politik sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.[1][2]

Musa_Wahab

Ayahanda Wahab bin Rah
Pemakaman September 12, 2014
Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
Tempoh 4 Februari 1980 - 11 September 2014
Kemangkatan 11 September 2014(2014-09-11) (umur 77)
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Spouse Manoriah Ahmad Bidawi
Kemahkotaan 20 November 1981
Didahului oleh Abu Bakar Ma’amor
Bonda Hajjah Aminah binti Othman
Keputeraan (1937-09-04)4 September 1937
Jelebu, Negeri Sembilan, Tanah Melayu
Agama Islam
Kerabat Sarin (Kuala Jelebu)
Diikuti oleh Maarof Mat Rashad