Ancaman Musang_Binturong

Anak binturong disimpan sebagai peliharaan oleh Orang Asli di Taman Negara, Malaysia

Ancaman utama bagi binturong adalah kehilangan habitat dan kemerosotan persekitaran hutan melalui pembalakan dan penukaran kawasan hutan kepada kegunaan tanah bukan hutan sepanjang julat binturong. Kehilangan habitat amat teruk di kaawasan rendah di kepulauan Sunda dikebanyakan kawasannya, dan terdapat bukti bahawa binturong menggunakan ladang yang sebahagian besarnya menggantikan hutan semulajadi. Di China penghapusan hutan dan amalan membalak oportunis telah memecah habitat atau menghapuskan tapak sama sekali. Di Filipina, ia ditangkap bagi perdagangan haiwan liar, malah di selatan julatnya ia turut ditangkap untuk dimakan. Di Lao PDR, ia merupakan pemangsa paling kerap dipamerkan dalam sangkar dan kulitnya kerap diperdagangkan sekurang-kurangnya di Vientiane. Disesetengah bahagian Lao PDR, ia dianggap makanan delikasi dan turut diperdagangkan sebagai bahan makanan ke Vietnam.[6]

Orang Asli di Malaysia menyimpan binturong sebagai haiwan peliharaan.


Berkaitan