Mustaffa_Kamil_Ayub

Mustaffa Kamil Ayub merupakan ahli politik Malaysia dari PKR Perak. Dalam PKR , beliau mnejadi Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Ketua Biro Latihan mulai 1 Februari 2010.Dalam PRU12 pada 8 Mac 2008, beliau kalah kepada calon UMNO di Kampung Gajah, Perak. Beliau merupakan anak jati Kampung Bendang Besar, Kampung Gajah, Perak. Dalam PRU11, beliau turut kalah. Semasa belajar di UKM tahun 1986, Mustaffa menjadi pemimpin mahasiswa UKM.TUAN HAJI MUSTAFFA KAMIL AYUB mempunyai pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin mahasiswa dan belia, politik dan korporat selama lebih 30 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Genetik) (Kepujian) UKM, Diploma Pendidikan (Matematik & English) UIAM, Diploma Kewangan Islam, IPI dan Sarjana Sains Politik, UKM.Beliau pernah menyandang jawatan Penolong Pendaftar dan Ketua Jabatan Latihan Kepimpinan UIAM, Setiausaha Politik Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Pengerusi Akademi Pelatihan, Penerangan dan Penyelidikan Selangor (APSEL).Bermula sebagai Ketua Murid SK Kg. Gajah, beliau menajamkan bakat kepemimpinannya sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam, Kelab Bola Tampar, Presiden St. John Ambulance dan Ketua Pengawas SMSAH, Presiden PMUKM, PKPIM, PEPIAT, Pengerusi Persidangan Antarabangsa IIFSO, Exco ABIM Pusat, Presiden Majlis Belia ASEAN, Pengerusi Forum Belia Komanwel, Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Presiden Institut Masyarakat Madani (IMAD), Pengarah Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan Pengerusi Yayasan Saksama Aman (YSA). Dalam poltik beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda KEADILAN Pusat,  Setiausaha Agung KEADILAN Pusat, Naib Presiden KEADILAN Pusat, Pengerusi KEADILAN Negeri Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Perak. Pernah menjadi calon Pilianraya Umum sejak tahun 2008 hingga 2014.Dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia, beliau adalah Master Trainer Muslim Student Association of japan, Master Trainer bagi Program Latihan Kepimpinan Pelajar Brunei,  Master Trainer Young Executive Leadership Programme Singapore, dan sering diundang membentangkan kertaskerja tentang kepemimpinan, antaranya di Maldieves, Belanda, Indonesia, Brunei, Singapura, United Kigdom, Trinidad & Tobago, Taiwan dan Mongolia, selain di pelbagai seminar dan forum di seluruh negara. Beliau adalah ahli badan professional seperti Malaysia Training Association, Just World Trust, Majlis Perunding Belia Negara, BOD International Youth Centre dan Integriti Malaysia.Beliau juga adalah penulis 11 buah buku, antaranya ialah Gerakan Pelajar-Mahasiswa (1991), Menangani  Cabaran (1994), Dinamika Generasi Muda Menangani Cabaran Wawasan 2020 (1995), Leadership Dynamism (1996), Youth Renaissance (1997), Menerajui Perubahan Poltik Malaysia (2001), Masyarakat Madani dan Idealisme Politik (2004), Masa Depan Politik Alternatif (2002), Ahzab Moden dan Masa Depan Islam (2003), Gerakan Subuh (2017) dan terkini buku Membangun Insan dan Tamadun (2019), di samping bertindak sebagai editor beberapa buah buku dan majalah.