Sejarah Muzium_Kimchi

Muzium Kimchi pada asalnya diwujudkan pada 1986 oleh Pulmuone Inc., salah satu syarikat pengeluaran makanan yang terbesar di Korea, in Pil-dong, Jung-gu. Pada tahun 1988, muzium ini telah berpindah ke COEX (Pusat Konvensyen dan Pameran) untuk memberi publisiti kepada kimchi di kalangan pelancong asing datang untuk Sukan Olimpik Musim Panas yang diadakan di Seoul, Korea Selatan. [2]

Pada tahun 2000, muzium ini telah diubahsuai untuk meluaskan kawasan muzium dan meningkatkan kemudahan kepada pengunjung berikutan Mesyuarat Asia-Eropah ketiga di Seoul, dirangka untuk mengeratkan hubungan dalam politik, ekonomi, dan budaya di kalangan empat puluh satu negara ahli .