My_(stesen_radio)

MY (dahulu dikenali sebagai My FM)[1] merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.MY terus mendominasi pasaran pendengar berbangsa Cina sebagai stesen radio berbangsa Cina nombor satu dengan dua juta pendengar setiap minggu pada 2013. Fokus stesen radio ini adalah untuk semua golongan umur, tetapi setelah Astro Radio memperkenalkan radio Melody FM (akhiran FM digugurkan mulai Januari 2018), ia telah bertukar kepada stesen radio untuk pendengar muda. MY kini merupakan salah satu daripada dua radio berbahasa Cina yang dimiliki oleh AMP Radio Networks, setelah Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Beberapa penyampai dari stesen radio MY juga berpindah ke radio yang baru ditubuhkan itu.Dengan perubahan nama kepada MY pada Januari 2018 yang turut menyaksikan perubahan logo dan tumpuan kepada media digital, cogankata baru MY untuk tahun 2018 adalah MY 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)