Melody_(stesen_radio)

Melody (dahulu dikenali sebagai Melody FM)[1] merupakan stesen radio berbahasa Cina di Malaysia. Ia dikendalikan oleh Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Holdings Sdn Bhd. Melody FM dilancarkan secara rasmi pada 15 Ogos 2012. Frekuensi ini sebelumnya digunakan oleh X FM (Xfresh). Ia merupakan stesen radio milik Astro berbahasa Cina yang kedua di Malaysia selepas MY FM. Tambahan pula, Melody FM adalah stesen radio berbahasa Cina kelima di Malaysia. Melody FM memainkan muzik Cina dari tahun 1970-an sehingga 2000-an dan beberapa muzik pop orkestra. Pilihan kandungan muzik dan sasaran penonton dewasa serta golongan tua yang berusia antara 25-49 tahun.