Sinopsis My_Name_Is_Khan

Kisah Rizwan Khan semasa kanak-kanak yang lahir di Borivali, Mumbai, India Kemudian menemui cinta di Amerika Syarikat.

Remaja Islam ini mengidap penyakit menggeletar sindrom Asperger, takutkan warna kuning dan bunyi bising. Walaupun begitu, dia cukup bijak dan menerima pendidikan dari guru khas (tuisyen) di India.

Berhijrah ke San Francisco, Amerika Syarikat yang kononnya menjanjikan kesenangan asalkan rajin bekerja. Dia menjadi jurujual barangan herba Mehnaz. Dia kerkenalan dengan janda beranak 1 berugama Hindu di Amerika Syarikat. Janda itu bernama Mandira dan anaknya Sam. Mereka setuju kahwin dan Sam bertukar nama kepada Sameer Khan. Nama Islam 'Khan' ini menimbulkan prasangka 'Islam - Kristian' sehingga Sameer dibunuh di tengah padang bola sepak . Mandira menyalahkan suaminya Rizwan Khan yang mempunyai nama Islam itu. Mandira yang masih teguh dengan agama Hindu turut berprasangka terhadap Islam -agama anutan rizwan Khan.

Selepas serangan 911, kehidupan umat Islam Amerika Syarikat yang dulunya tenteram , kini berubah sama sekali. Lantaran itu, Rizwan ingin berjumpa dengan calon baru Amerika Syarikat iaitu Barack Obama tetapi tidak berjaya.Hasratnya itu membuat Rizwan menjelajah dari San Francisco di Barat menuju ke Washington di barat benua. Usahanya berhasil dan berkata 'Mr Presiden, my name is Khan and I am not a terrorist'. Laungan itu menyebabkan Rizwan ditahan dan disiasat sebagaimana tahanan Teluk Guantanamo.

Hasil kempen beberapa wartawan Islam, Rizwan Khan berjaya dibebaskan. Ketika berlaku banjir di Georgia, Rizwan Khan ingin berjumpa semula dengan Mama Jenni dan menjadi sukarelawan banjir . Usaha ini membuktikan umat Islam bukanlah ganas atau terroris. Dia akhirnya dijemput ke pentas dan bersalam dengan presiden Amerika Syarikat yang menjanjikan harapan damai Barack Obama. Presiden akur bahawa "Your name is Khan and you are not a terrorist."