Sejarah NMB48

Uji bakat pertama untuk NMB48 diadakan pada bulan September 2010 dengan 26 orang lulus. Kumpulan ini muncul pertama kali pada 9 Oktober. Pada 5 November Yamauchi Ayaka meninggalkan kumpulan atas alasan kesihatan.

  • 4 Disember 2010: diumumkan bahawa kumpulan itu akan mula membuat persembahan setiap hari di NMB48 Theater yang terletak di Namba pada 1 Januari 2011. Persembahan ke-3 AKB48 Team A, 'Dareka no Tame ni' (Demi Seseorang) digunakan bagi persembahan pentas pertama mereka. Seramai 16 orang yang terpilih dibenarkan untuk berdiri di pentas dan Yamamoto Sayaka dilantik sebagai kapten.
  • 31 Disember 2010: kumpulan ini membuat persembahan sebagai ahli AKB48 buat pertama kalinya di Kōhaku Uta Gassen NHK yg ke-61.
  • 10 Mac 2010: Team N dibentuk.
  • 12 Mac 2011: NMB48 Theater ditutup akibat gempa atas sebab keselamatan. [2] Semua aktiviti dihentikan serta-merta. Pada 17 Mac, diumumkan bahawa persembahan di NMB48 Theater akan dimulakan kembali pada 21 Mac.[3]
  • 20 Julai 2011: Single pertama 'Zetsumetsu Kurokami Shoujo' dikeluarkan. Single ini berjaya mendapat kedudukan teratas carta mingguan Oricon.
  • 13 Ogos 2011: Persembahan pentas ahli generasi kedua bermula.
  • 26 Oktober 2011: Single kedua, 'Oh My god!' dikeluarkan. Single ini juga berjaya mendapat kedudukan teratas carta mingguan Oricon.
  • 26 Januari 2012: Team M dibentuk. Dianggotai oleh 5 orang daripada kenkyusei generasi pertama dan 11 orang daripada generasi kedua.
  • 8 Februari 2012: Single ketiga Junjou Under-19 dikeluarkan. Mendapat tempat teratas carta mingguan Oricon dengan jualan melebihi 20 ribu keping.
  • 24 Mac 2012: Semasa konsert di Saitama, Watanabe Miyuki (Team N) diumumkan sebagai ahli AKB48 Team B untuk jangka masa terhad.
  • 24 Ogos 2012: AKB48 mengalami rombakan besar semasa konsert di Tokyo. Dalam rombakan ini, Kotani Riho (Team N) diumumkan akan menyertai AKB48 Team A yang baru. Yokoyama Yui (AKB48 Team K (lama)) pula diumumkan akan menyertai NMB48. Walau bagaimanapun, kedudukan Yokoyama Yui sebagai ahli Team yang mana masih belum ditentukan lagi.
  • 9 Oktober 2012: Team M memulakan persembahan mereka.
  • 10 Oktober 2012: 16 orang daripada generasi ketiga dimasukkan ke dalam Team BⅡ. Persembahan mereka juga jatuh pada hari ini.
  • 19 Disember 2012: Yokoyama Yui diserapkan ke dalam Team N setelah hampir empat bulan tidak diletakkan di mana-mana Team.
  • 18 Apri 2013: Yamada Nana telah dipindahkan daripada Team N ke Team M, dan pelajar kenkyuusei, Koga Naruma dan Nishimura Aika, telah dinaikkan pangkat kepada Team N.
  • 24 April 2013: Pada Konsert Kumpulan AKB48 di Nippon Budokan, telah diumumkan bahawa kedudukan serentak Yokoyama Yui dalam kumpulan (Team A / Team N) telah berakhir, dan anggota AKB48 Ichikawa Miori akan justeru menyertai Team N menjadi anggota Team B AKB48.
  • 12 - 13 Oktober 2013: Kumpulan NMB48 telah mengadakan "NMB48 3rd Anniversary Special Live". Sambutan ulang tahun ke-3 kumpulan tersebut telah bersiaran di TV Asahi pada 18 Oktober 2013.