Umum NMB48

Asal usul nama

Nama NMB48 diambil daripada sebuah kawasan di Osaka yang terletak di antara Wad Chūō (中央区, Chūō-ku) dan Wad Naniwa (浪速区, naniwa-ku) yang bernama Namba. NMB ialah singkatan daripada "NaMBa".

Logo NMB48

Berlainan dengan kumpulan di bawah AKB48 yang lain, NMB48 menggunakan corak harimau bintang. Corak ini merupakan satu identiti Osaka yang mana kebanyakan wanita-wanita Osaka yang agak berumur suka memakai baju yang mempunyai corak harimau.

NMB48 Theater

NMB48 mempunyai teater mereka sendiri yang terletak di Namba, Osaka. Di sini, mereka melakukan persembahan hampir setiap hari. Berdekatan dengan teater inilah terletaknya NMB48 Official Shop yang menjual barang-barang NMB48 dan juga AKB48 Cafe & Shop. Berhadapan dengan NMB48 teater, terdapat teater yang dimiliki oleh Yoshimoto Creative Agency yang merupakan teater bagi pelawak yang berada di bawah naungannya melakukan persembahan mereka. Seperti Yoshimoto R and C, Yoshimoto Creative Agency juga ialah anak syarikat Yoshimoto Kogyo Co., Ltd. Lantaran ini, NMB48 juga kadangkala menyertai persembahan komedi di teater ini.

Semasa pembukaan teater ini, ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Tidak seperti kumpulan-kumpulan di bawah AKB48, teater NMB48 ialah satu-satunya teater yang dibina khas untuk NMB48 sahaja. AKB48 terpaksa berkongsi dengan SDN48 (sehingga Mac 2012), manakala SKE48 terpaksa berkongsi dengan persembahan komedi yang dibuat di teater yang sama (sehingga Ogos 2012).

Nama teater bagi NMB48 ialah NMB48 Theater, manakala bagi AKB48 pula, namanya ialah Akihabara48 Theater.

Maklumat tambahan

  • Kapten NMB48 ialah Yamamoto Sayaka, manakala penolongnya ialah Yamada Nana[1]
  • Sebagai identiti Osaka, NMB48 banyak membuat perkara-perkara yang melucukan semasa persembahan dan juga penampilan di rancangan TV dan radio.
  • Sebagai kumpulan AKB48, ahli NMB48 juga dianggap sebagai ahli AKB48. Ahli NMB48 juga boleh dipilih untuk menyertai persembahan dan single AKB48.
  • Di samping dapat bersalaman dengan ahli NMB48, pengunjung teater akan diurut bahunya oleh salah seorang ahli NMB48 selepas berakhir persembahan pentas.