Kerjaya Nadia_(penyanyi)

Nadia mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak di bangku sekolah. Pada tahun 1996, album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album diterbitkan oleh Sky Music. "Salam Buat Kekasih" dikeluarkan sebagai single pertama dan ia menjadi kejayaan komersial sekaligus melonjakkan nama beliau dalam bidang muzik. Setahun kemudian, beliau dicalonkan bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4, namun dimenangi oleh Siti Nurhaliza (kini Dato' Seri) yang ketika itu sedang meniti puncak populariti. Nadia kemudian merakamkan dua lagi album, Nadia 2 (1997) dan Unggul (1999). Selepas perkahwinannya, beliau menamatkan kerjaya sebagai penyanyi. Selepas 13 tahun menyepi, Nadia membuat kemunculan semula dengan merakamkan dua lagu baharu—"Buatmu Kekasih" dan "Hanya Untukmu".[3]

Gegar Vaganza 2014

Nadia ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu keempat. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2014
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Throwback"Salam Buat Kekasih"Dirinya sendiriKe-6
Minggu 2Memori Berkasih"Takkan Terpisah"Black HanifahPertama
Minggu 3Kenangan Mengusik Jiwa"Tinggal Kenangan"SaleemKe-11
Minggu 4Ada Berani?"Pawana"SearchTersingkir