Kerjaya Nadiya_Nisaa

Pada tahun 2004, Nadiya memulakan kerjaya hiburannya dengan muncul dalam iklan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Lisa Surihani.[3]

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Aaron Aziz, Nadiyah memegang watak sebagai Izatul. Ia mengisahkan tentang Azman yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[4] Beliau memegang watak sebagai Sofia Jane dalam filem cereka sains Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha lakonan bersama Bront Palarae.[5][6]

Nadiyah berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 dengan menjayakan watak undangan sebagai Uda. Beliau berlakon bersama kakak sulungnya, Min Luna dan adik bongsunya Aida.[7]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Nadiya menjayakan peranan utama sebagai Yang Chik dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Filem biopik ini turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Johan As'ari dan bintang baru, Ali Karimie.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Nadiya_Nisaa http://www.astroawani.com/berita-hiburan/terbaik-d... http://www.imdb.com/name/nm3436396/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bront-palara... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/percaturan-n... http://kbergetar.org/telemovie-anugerah-dendam-yan... https://sg.style.yahoo.com/mat-kilau-more-just-mar... https://www.youtube.com/watch?v=g0xlTuZq2UQ https://www.bharian.com.my/node/8846 https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2018/10/42...