Naginata

Naginata (なぎなた, 薙刀) adalah senjata berbatang (‘’pole weapon’’) yang secara tradisi digunakan di Jepun oleh golongan samurai. Ia telah dikaitkan dengan wanita, dan dalam masyarakat Jepun moden ia lebih banyak dipelajari oleh kaum wanita berbanding lelaki; manakala di Europah dan Australia Naginata kebanyakannya diamalkan oleh kaum lelaki. Bagaimanapun, ini hanyalah bayangan mudah demografi seni mempertahankan diri di Europah, di mana tidak terdapat kaitan sejarah sebagaimana yang terdapat di Jepun – iaitu naginatajutsu adalah bagi kaum wanita. Naginata terdiri dari batang kayu dengan bilah melengkung pada hujungnya; sama menyerupai Guan Dao Cina atau glaive Eropah atau sovnya Russia. Biasanya ia turut memiliki galang (tsuba) seperti pedang antara batang dan mata bilah.Seni bela menggunakan naginata dikenali sebagai naginatajutsu. Kebanyakan pengamal Naginata masa kini mengamalkan bentuk moden gendai budō dikenali sebagai atarashii Naginata ("Naginata baru"), di mana pertandingan di adakan. Kegunaan naginata juga di ajar dalam aliran Bujinkan dan sesetengah koryū. Pengamal Naginata mungkin menggunakan bentuk perisai perlindungan yang dikenali sebagai bōgu sama seperti yang dipakai oleh pengamal kendō. Mengenakan bogu bererti menggunakan naginata iaitu campuran pemegang kayu oak ringan dengan mata buluh habu bagi atarashii Naginata.