Nahdhah

Nahdhah (Arab: النَهضَة‎, rumi: an-Nahdhahcode: ar is deprecated "kebangkitan" terbitan kata kerja نَهَضَ‎ nahadha "bangun; bangkit"[1]) gerakan kebangkitan budaya yang terwujud dalam Dunia Arab yang terjadi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bermula serentak di Mesir dan rantau Syam terutamanya Lubnan dan Suriyah[2] berkaitan dengan ketergugatan kuasa Uthmaniyah berikutan penyerangan Mesir oleh balatentera Napoleon Bonaparte pada tahun 1798 selain perombakan kuasa Uthmaniyah mendekati suatu kerajaan berpelembagaan. Namun, perbezaan latar masyarakat Mesir dan Syam memincangkan tujuan gerakan yang diadakan secara peringkat setempat di mana gerakan di Mesir menumpu kepada pembaharuan dalam siasah dunia Islam sedangkan negeri-negeri Syam menumpukan kepada pembaharuan kebudayaan.[3]Zaman ini menyaksikan penyegaran dan pemajuan intelektual Arab paling utama dengan perkenalan teknologi percetakan moden[4][5][6] serta penerjemahan penulisan saintifik kembangan saintis Barat ke dalam bahasa Arab yang menyusul[7][8] jadi antara titik mula perkembangan Bahasa Arab Fusha. Sastera Arab moden turut berkembang terutamanya dengan gerakan Mahjar diterajui para imigran Arab Kristian ke Amerika Syarikat pada waktu yang sama,[9][10] begitu juga dengan pendirian universiti-unversiti Kristian di Beirut dan Baghdad.[11]

Rujukan

WikiPedia: Nahdhah https://hdl.handle.net/10603%2F116505 http://laits.utexas.edu/modern_me/egypt/1/nahda http://admusallam.bethlehem.edu/publications/Endof... https://web.archive.org/web/20110719151528/http://... https://web.archive.org/web/20210508174031/https:/... https://web.archive.org/web/20131203034408/http://... https://web.archive.org/web/20060109063918/http://... https://web.archive.org/web/20060119200537/http://... https://journals.uco.es/tl/article/view/12600 https://www.worldcat.org/issn/2605-2954