Najash

Najash ialah sejenis ular pupus dari Akhir Usia Kapur yang ditemui di Patagonia [1]. Seperti ular-ular lain yang wujud pada Usia Kapur mahupun sekarang, Najash bertumbuh tungkai belakang, tetapi luar biasa kerana tumbuh kaki yang menjangkau keluar dari sangkar rusuk, dan pelvis yang bersambung dengan tulang belakang. Fosil Najash ditemui dalam Bentukan Candeleros di Wilayah Rio Negro, Argentina, dan bertarikh sekitar 90 juta tahun yang dahulu. Tengkorak dan tulang belakang Najash menunjukkan adaptasi untuk hidup di bawah tanah, sejajar dengan hipotesis bahawa badan yang panjang dan tungkai yang bantut merupakan adaptasi untuk mengorek tanah.Haiwan pengorek ini tidak gugur sakrumnya, iaitu tulang pelvis yang terdiri daripada beebrapa vertebra yang terlakur, mahupun girdel pelvisnya yang tiada pada ular zaman sekarang dan juga ular-ular purba lain yang dikenali.[2] Sesetengah analisa filogenesis mentakrifkan Najash sebagai ular paling primitif yang dikenali [3], ataupun dekat asas radiasi ular, tetapi di luar kesemua ular yang hidup[4]. Penemuan ini tidak menyokong hipotesis yang mula-mula diusulkan oleh ahli paleontologi abad ke-19, Edward Drinker Cope, bahawa ular berkongsi leluhur samudera dengan mosasaur. Hipotesis susur-galur samudera ini telah menerima dorongan baru dengan penemuan ular purba yang bertungkai vestij dalam endapan laut di Lubnan pada 1990-an.Nama Najash berasal dari ular berkaki dalam Kitab Kejadan, iaitu "Nahash" yang menghasut Adam dan Hawa untuk memakan buah khuldi.